|
Beli Online
Testimoni Keberkesanan Produk HPA
KOPI
RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN
”Saya telah
mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin
berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3,
Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah
135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah
berkurang menjadi 123kg.”
-Mohd Hazizi bin Deraman (20
tahun) - Kelantan
KOPI
RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini berlaku
kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau
akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu
tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan
agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila
lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya.
Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai
program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping.
Kalau tak percaya cubalah ..! ”
-Azwan Effendy b. Ahmad
Zahidi (25 tahun) - Kedah
KOPI RADIX MEMBERI
KECERGASAN
“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi
Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya
telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah
pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja
dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
-Mohd Hafiz b. Abdul Razak
(32 tahun) - Pulau Pinang
KOPI RADIX MENYEMBUHKAN
SAKIT LUTUT
“Saya
mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan.
Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja
berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul
selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini
saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini.
Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”
-Muhammad Azahari b. Mat (22
tahun) – Kedah
KOPI
RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG
BELAKANG
“Saya telah
mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli.
Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang
belakang selama 3 tahun pun hilang.”
-Abdul Razak bin Shukor (45
tahun) - Selangor
KOPI
RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila
selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada
Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi
Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin
merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa
manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk
merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai
kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”
-M. Helmi (24 tahun) -
Selangor
KOPI RADIX DAN OMEGA 3
MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK
“Sepanjang
menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk
yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya
mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan
bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat
pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan
berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup
kuat.
-Asnieah bt. Badri @ Nazri
(39 tahun) - Pulau Pinang
KOPI
RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk
HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi
Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala.
Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang
menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala
yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi
menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria
ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”
-Hj. Nazarudin bin Mukhtar
(30 tahun) - Selangor
KOPI
RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya
mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan
Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya
telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua,
sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh
seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas
kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti
biasa. Terima kasih HPA”
-Faizul Azrie bin Ismail (26
tahun) - Kelantan
BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang
ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya
yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas,
setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah
dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain
turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang
mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi
bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima
kasih HPA dan para guruku….!!!!”
-Bahari bin Tito Laksono (32
tahun) – Indonesia
Sumber:
Buku Radix Satu Kajian oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah
Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.)
NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)
“Sebelum
mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit
asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam
dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan
dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam
bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi.
Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan
beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang
dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi
masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama
ketika haid.”
NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.
“Saya
menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu
pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan
menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju
Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit
saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”
NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.
“Saya
mempunyai ’sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan
tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa
Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi
Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ’sis’ itu hilang.
Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”
NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.
“Saya
mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi.
Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut
terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang
masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak
mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju
Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”
NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK
“Anak saya
seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini.
Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih
berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup
mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator
kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”
NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2
BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH
“Isteri saya
mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam
kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih
cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula
menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”
NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH
“Saya
mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan
cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai
akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan
keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara
saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya
hadapi itu, terus hilang,”
NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH
“Saya
menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden
sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit.
Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain,
penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA
kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas
menggunakannya sendiri.”
Sumber:
Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007
Beli Online |