KEAHLIAN
DUNIAHERBAHPA.NET
1. Keahlian
DuniaHerbaHPA.net terbahagi kepada dua iaitu
KEAHLIAN PERCUMA dan
VIP.
2.
KEAHLIAN
PERCUMA bermaksud anda menyertai DuniaHerbaHPA.net
secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda dengan modal berbayar. Ia juga
belum mengesahkan lagi anda menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan
anda untuk melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade kepada
keahlian VIP.
3.
KEAHLIAN VIP
ialah pendaftaran berbayar dan secara rasminya anda menjadi ahli HPA
melalui rangkaian DuniaHerbaHPA.net. Untuk upgrade kepada VIP, sila rujuk menu
Cara Sertai.
Bagaimana saya nak daftar menjadi ahli HPA melalui web ini?
Sila rujuk
menu
Cara Sertai.
Bagaimana
saya hendak mengaktifkan status web saya?
Lakukan
pembayaran dan SMS kepada
Admin:
019-3093956
info berikut:
Taipkan:
DuniaHerbaHPA
<jarak> Username Anda
<jarak> Cara Pembayaran
<jarak> Bank
<jarak> Pakej <jarak> Tarikh & Masa
Pembayaran <jarak> Jumlah Pembayaran
Contoh:
DuniaHerbaHPA Hamdan
Online Transfer Maybank Pakej POS LAJU 1/11/2010 8.40pm RM40
Berapa lama laman web saya akan diaktifkan?
Selepas kami
menerima laporan pembayaran dan salinan IC dari anda, kami akan aktifkan laman
web anda. Tempoh pengaktifan adalah dalam masa 24 jam.
Bila
saya akan menerima Kit Niaga HPA yang telah dibayar?
Kit Niaga HPA
anda akan kami hantar menggunakan perkhidmatan kurier. Pastikan alamat dan no
telefon anda betul dan lengkap. Beri masa 7 hari bekerja untuk produk sampai
kepada anda.
Saya dah jadi
ahli HPA dengan rangkaian lain, bolehkah saya mendaftar lagi di web ini?
Kepada
yang sudah menjadi ahli HPA dengan rangkaian lain, anda tidak dibenarkan
mendaftar lagi dan jika mendaftar juga, keahlian anda melalui DuniaHerbaHPA.net
dihadkan kepada keahlian percuma sahaja. Anda tidak boleh menggunakan web ini
untuk melakukan penajaan secara online. Setiap tindak tanduk anda akan dipantau
oleh ADMIN. Jika ianya berlaku, akaun anda akan digantung atau ditutup terus.
Penajaan Semula Bagi Pengedar/Ahli HPA yang tidak aktif
Ahli/Pengedar
HPA yang mendaftar pada tahun 2006 dan sebelumnya yang dikategorikan sebagai
tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru.
Pengedar tak
aktif yang dimaksudkan ialah pengedar yang tidak pernah membuat pembelian atau
membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata (tak pernah dapat bonus) sejak
2006 sehingga sekarang. Mereka ini perlu membuat surat permohonan menamatkan
nombor keahlian lama beserta borang pendaftaran baru dengan penaja yang baru
untuk mendapatkan nombor keahlian yang baru. Jika diluluskan oleh bahagian MIS,
nombor keahlian lama akan dibuang dalam sistem.
Prosedur Pendaftaran Bagi Ahli Yang Ingin Ditaja
Semula
1. Dapatkan
kit niaga RM30.00 dari cawangan, stokis HPA. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA
yang terdapat dalam kit. Atau boleh juga daftar di web kami.
2. Tulis surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
3. Sertakan salinan Kad Pengenalan pemohon.
4. Serah (i) borang Permohonan Baru Ahli HPA, (ii) surat rasmi RAYUAN
PENAJAAN SEMULA dan (iii) salinan Kad Pengenalan pemohon kepada
cawangan/stokis HPA.
4. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006
ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau
membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh ahli tersebut
mendaftar sebagai ahli HPA.
Jika tidak
memenuhi salah satu syarat di atas, permohonan tidak akan di proses.
Adakah keahlian saya akan ditamatkan jika tiada pembelian
dilakukan untuk jangkamasa yang lama?
Tidak kerana
keahlian HPA adalah untuk seumur hidup.
Saya non muslim, adakah saya dibenarkan menyertai MLM(S) HPA ini?
Ya, tiada
halangan kepada sesiapa yang berminat.
Adakah saya akan diwajibkan hadir mengikuti kelas/ceramah anjuran anda atau
menjual produk?
Tidak,
walaubagaimana pun kesemua program/kelas yang diatur oleh HPA berbentuk ilmiah
dan latihan pratikal. Malah kelas/ceramah yang diatur bukan hanya ditumpukan
kepada aspek penjualan atau pencarian prospek baru sahaja, tetapi lebih kepada
tunjuk ajar yang meningkatkan kemahiran seseorang pengedar.
Antara kelas
yang mendapat sambutan adalah Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC),
Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), Kelas Mingguan,
Sijil Herbalis dan juga program perawatan yang diadakan dari masa ke semasa.
Bagaimana
Cara Untuk Beli Produk HPA Selepas Saya Menjadi Ahli HPA?
Anda boleh
mula membeli produk HPA dengan harga ahli selepas anda menerima Kit Niaga HPA
yang dihantar oleh Admin. Ada 2 cara untuk membeli produk HPA.
1. Beli
sendiri di Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Stokis HPA
Anda
dibekalkan dengan kad ahli sementara (kertas kecil berwarna kuning) dalam
Kit Niaga. Ia ada dikepilkan pada salinan borang ahli. Gunakan kad ini semasa
membeli produk HPA dan beri NAMA, NO IC (sementara belum mendapat kad
sebenar dan no ahli HPA). Ambil dan simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan. Ini
akan memudahkan anda mengira Nilai Mata (NM) terkumpul anda setiap bulan.
Semak senarai
cawangan HPA dan senarai stokis HPA dalam Kit Niaga atau web HPA. Hubungi Admin
jika tiada maklumat stokis di tempat anda.
2. Pesan dan
Beli Secara Online Melalui Web DuniaHerbaHPA.net
Anda juga
boleh memesan produk HPA secara online melalui Admin. Admin akan pos barang yang
anda pesan. Setiap NM pembelian akan masuk ke dalam akaun anda juga. Sila rujuk
cara pesanan dan pembayaran disini:
Belian produk
HPA untuk setiap bulan dikira bermula dari 1 hb setiap bulan hingga hari
terakhir dalam bulan tersebut.
Sebagai Ahli
HPA, adakah saya diberi sebarang kad ahli?
Ya, anda akan
dibekalkan dengan kad ahli sementara terlebih dahulu. Semak semua dokumen yang
dibekalkan dalam Kit Niaga HPA. Ia ada dikepilkan bersama salinan borang ahli
HPA anda. Sila tunjukkan kad sementara ini, beri NAMA dan NO IC anda semasa
membeli produk HPA. Anda akan mendapat harga ahli dan juga Nilai Mata (NM).
Pastikan anda menerima invois pembelian setiap kali membeli produk HPA. Sila
simpan invois untuk rujukan.
Kad ahli HPA
yang sebenar akan dipos oleh HQ HPA kepada anda dalam masa 2 minggu atau lebih.
No ahli HPA dan Penaja anda ada dipaparkan pada kad ahli ini. Sila guna kad ahli
sebenar ini dan beri no ahli HPA anda semasa membeli produk HPA. Anda juga boleh
menyemak no ahli HPA anda di cawangan HPA atau HQ HPA (no tel: 04-9776805) jika
anda ingin berbuat demikian.
Jika kad ahli
tidak diterima (lebih dari 3 bulan) atau hilang, anda boleh memohon kad ahli
baru di cawangan HPA. Sila isi borang permohonan kad ahli baru dan hantar
ke cawangan HPA berhampiran.
Anda juga boleh
menggunakan kad ahli HPA untuk mendapatkan Nilai Mata (NM) semasa berbelanja di
mana-mana Restoran dan Hotel HPA. Sila rujuk dengan Restoran dan Hotel HPA
tentang pemberian NM atau boleh terus hubungi HQ HPA untuk info lanjut,
04-9776805.
Apakah maksud
Nilai Mata (NM)?
Setiap produk
HPA mempunyai Nilai Mata (NM) atau Point Value (PV). Ia menentukan bonus/income
yang anda akan terima. Kata mudahnya ialah NM adalah bonus untuk anda. Setiap
produk mempunyai Nilai Mata (NM) tertentu dan berbeza antara satu sama lain.
Berapakah NM
yang saya perlu kumpul untuk mendapatkan bonus setiap bulan? Adakah ianya WAJIB?
Ia tidak
wajib dan tiada paksaan. Namun kenapa tidak melakukannya. Anda hanya perlu
mengumpul sekurang-kurangnya 50 NM iaitu belian peribadi minima yang disyaratkan
untuk melayakkan anda menerima bonus bulanan dari HPA. Digalakkan buat belian
100 NM untuk mendapatkan bonus yang lebih banyak.
Apakah cara
mudah untuk saya mengumpul 50 NM?
Cara mudah
untuk kumpul point (NM) ialah dengan mengamalkan produk herba sebagai makanan
kesihatan dan mencegah penyakit. Yang keduanya ialah dengan menukar jenama
produk kegunaan harian di rumah kepada produk HPA. Rujuk
disini
untuk tips dan panduan.
Bagaimana
saya nak semak Nilai Mata (NM) terkumpul saya setiap bulan? Boleh check online
tak?
Untuk
menyemak Nilai Mata (NM) yang anda telah kumpul setiap bulan, anda perlu
melakukannya secara manual. Maknanya, anda perlu jumlahkan sendiri NM dalam
setiap invois yang anda terima. Namun demikian, anda sebenarnya boleh juga
meminta pihak cawangan HPA semak jumlah NM anda. Beri no ahli HPA anda kepada
mereka untuk proses semakan. Satu-satu cawangan hanya dapat menyemak jumlah NM
anda untuk belian di cawangan tersebut sahaja.
Syarikat HPA
belum lagi menyediakan perkhidmatan semakan Nilai Mata secara online.
Bagaimana saya boleh memastikan bahawa pembelian saya akan
tally / seragam dengan penyata bonus?
Setiap
ahli/pengedar HPA akan diberi nombor ahli. Maka secara tidak langsung anda
memberi nombor ini kepada cawangan HPA setiap kali pembelian dilakukan dan
direkodkan melalui computer dan dihubungkan terus kepada sistem jualan HPA. Maka
resit/invois tercatat jumlah nilai mata dan harga pembelian.
Manakala jika anda membeli menerusi stokis, anda akan mendapat salinan resit dan
butiran pembelian akan ditulis secara manual terlebih dahulu. Kemudian pihak
stokis akan menghantar laporan pembelian anda kepada ibupejabat HPA.
Bagaimana
saya nak dapatkan bonus atau income BESAR dari bisnes MLMS HPA ni?
Anda layak
memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian peribadi minima 50
Nilai Mata (NM) SETIAP BULAN. Anda akan dapat juga bonus ini walaupun anda
tidak menaja atau tiada downline tapi janganlah diharap bonus yang besar. Untuk
mendapat bonus besar, anda harus menaja dan mengembangkan jaringan.
Ingat
formula ini: Bonus BESAR = Pangkat tinggi X Sales group Tinggi (ramai downline
aktif)
Bonus bulanan
HPA akan diurus dan dihantar oleh HQ HPA mulai 24 hb hingga 31 hb setiap
bulan. Bonus bulanan ini tidak dipaparkan dalam web DuniaHerbaHPA.net.
Konsep bisnes
HPA sangat mudah. Tugas anda:
1. Jadi ahli HPA (RM 30 seumur hidup).
2.
Membeli produk HPA samada untuk guna sendiri atau jual (50 NM atau 100
NM setiap bulan). Tiada paksaan untuk menjual.
3. Ajak orang jadi ahli HPA. Mulakan dengan 6 orang.
4. Ajak mereka membeli dan mengguna juga seperti anda.
5. Ajar mereka untuk ikut apa yang anda telah buat (DUPLIKASI).
Dengan
melaksanakan tugasan mudah ini, income/bonus anda boleh mencecah 4, 5 angka
sebulan. Rujuk pelan pemasaran disini:
50 NM
tu berapa RM ye?
Bergantung. Setiap produk HPA mempunyai Nilai Mata berbeza. Kebiasaannya dalam
lingkungan RM 100 – 150. Produk yang banyak NM adalah produk herba. Jadi
amalkanlah herba HPA.
Antara
cara paling mudah ialah dengan mengamalkan 2 botol Spirulina dan 2 botol Mega 3
kapsul. Jumlah harga semuanya ialah RM 96 dan Nilai Matanya ialah 50NM (dah
lepas untuk dapat bonus bulanan…kan mudah tu)
Adakah anda
memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut seperti yang
dinyatakan?
Tidak. Ini bergantung kepada usaha anda mempromosikan laman
web ini kepada seberapa ramai kenalan anda atau sesiapa saja.
Macam mana bonus tu diberi? Bank in online ke dapat cek?
Bentuk-bentuk bonus:
1.
Cek dalaman (seperti voucher):
Untuk
bonus kurang dari RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA di
stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh di tunaikan kepada wang.
2.
Cek Bank Islam:
Untuk
bonus melebihi RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA di stokis
/cawangan HPA atau menunaikan cek tersebut kepada wang tunai di Bank Islam.
3.
Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:
Tidak kira
berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun secara online.
Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan mengisinya ke dlm borang pendaftaran
ahli HPA atau boleh juga isi borang khas yang boleh didapati di cawangan HPA.
Pilihlah
mana yang anda rasa sesuai. Surat Penyata Bonus tetap dipos
kepada anda walaupun anda memilih untuk terima bonus secara online.
Saya
tiada Internet di rumah. Bagaimana saya hendak berjaya dengan program ini?
Anda boleh
lakukan secara offline ataupun manual, iaitu secara menyebarkan risalah ataupun
flyers. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah pos untuk menyebarkan
maklumat URL laman web anda kepada umum. Internet ini hanyalah salah satu
daripada medium hebahan, selain daripada akhbar, flyers dan iklan poster.
Sila hubungi Admin jika anda perlukan bantuan untuk membuat promosi.
Bagaimana untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang banyak?
Mudah sahaja.
Iklankan URL link anda ke serata tempat, dengan pelbagai kaedah. Sebagai contoh,
pernah tak anda mendapat flyers kecil di masjid, ataupun, email yang mengajak
anda menyertai sesuatu? Itu merupakan salah satu contoh yang boleh anda lakukan.
Ini kerana, daripada kajian yang kami jalankan, daripada 100 email yang dihantar,
sekurang-kurangnya 10 orang akan menyertai program ini, iaitu, 10% penyertaan
daripada 100%. Jadi, hantarkan kepada 1000 email, dan 100 penyertaan mungkin
milik anda! Selain itu, anda juga boleh menggunakan iklan di akhbar, seperti
yang selalu anda jumpa di akhbar tabloid seperti Mingguan Perdana, Bacaria
ataupun Mingguan Misteri. Sila hubungi Admin jika anda perlukan bantuan untuk
membuat promosi.
Bagaimana
saya sebagai seorang ahli VIP boleh mendapat bimbingan online daripada Admin?
Dari masa ke
semasa pihak Admin akan menghantar maklumat ke emel anda melalui googlegroup dan
system emel autoresponder untuk bimbingan online dan juga jika ada sebarang
update berhubung aktiviti dan perniagaan HPA. Harap anda sentiasa check email
anda dan pastikan ianya emel yang aktif.
Kepada yang
berminat untuk sertai iklan berbayar, Admin akan mengaturkannya untuk anda.
Saya sudah
mendaftar keahlian VIP, apakah nama web replika saya?
Anda akan
menerima web replika sendiri menggunakan nama username anda semasa anda
mendaftar. Contohnya, www.DuniaHerbaHPA.net/username. Promosi dan
iklankan web replika anda ini. JANGAN promosi nama web utama sahaja tanpa
username anda.
Saya lupa
username dan password saya, bagaimana nak dapatkannya semula?
Klik link web
ini:
http://www.duniaherbahpa.net/inc_getpwd.asp
Kemudian
masukkan emel anda dan klik butang Lupa Password. Username dan password akan
dihantar ke emel anda. Jika emel tiada di Inbox, sila check di SPAM/BULK.
Mungkin ia termasuk ke sana.
Adakah
sebarang nota, ebook, panduan lain disediakan oleh Admin kepada ahli VIP?
Ya, ahli VIP
akan dapat akses ke semua nota penerangan dan bahan-bahan lain dalam web
DuniaHerbaHPA.net pada Menu Download untuk rujukan. Admin
akan update nota terkini dari masa ke semasa.
Kalau saya
nak daftar ahli baru (downline) bawah saya macam mana? Boleh daftar sendiri ke?
Baik, ada 2
cara untuk daftar ahli baru. Pertama, daftar secara online melalui web ini.
Mereka perlu membayar yuran keahlian HPA kepada Admin mengikut cara-cara yang
telah dinyatakan pada menu
Cara Sertai.
Admin akan menguruskan penghantaran kit niaga HPA dan pendaftaran keahlian HPA
mereka.
Cara kedua
ialah anda boleh juga dafftarkan sendiri mereka. Rujuk cara di bawah ini.
Cara
Daftarkan Sendiri Downline Anda
-
Dapatkan
kit niaga HPA di mana-mana cawangan, stokis HPA dengan harga RM 30 sahaja.
Borang pendaftaran ahli HPA ada di dalam kit.
-
Bakal
ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran ahli HPA. Tulis nama anda
(penaja) di bahagian penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja)
anda pada borang keahlian bakal tajaan anda. Tulis no ic di kod penaja
jika anda (penaja) belum mendapat no ahli HPA.
-
Mulai 1
Januari 2009, setiap permohonan ahli baru HPA perlu disertakan bersama
salinan fotostat IC.
-
Simpan
salinan borang (warna kuning) untuk anda dan tajaan anda (warna merah). Yang
lain serta SALINAN IC pemohon serahkan kepada cawangan/stokis HPA.
Mereka akan submit kepada pihak HQ HPA.
-
PENTING!
Maklumkan kepada Admin setelah anda selesai menyerahkan borang ahli. Sila
emel NAMA, NO IC, EMEL dan NO TELEFON downline anda ke
muhamadredza@gmail.com . Kami perlukannya untuk rekod kami.
Macam mana
pulak cara nak susun downline? Susun automatik ke?
Kami tidak
menetapkan berapa downline yang anda harus letak di setiap level. Pada asasnya
anda digalakkan membuka 6 kaki sahaja di level 1 kerana pangkat tertinggi dalam
HPA memerlukan hanya 6 kaki sahaja di level 1. Jika anda mempunyai lebih 6 kaki
(downline) di level 1, tidak mengapa. Kami memberi kebebasan kepada semua ahli
untuk menetapkan sendiri susunan downline masing-masing mengikut strategi yang
dirancang. Anda boleh hubungi Admin untuk sebarang penukaran susunan downline
anda (selagi borang pendaftaran belum dihantar). Admin akan mengubahnya untuk
anda.
Ada tak
apa-apa program bimbingan untuk menjadi usahawan HPA selain bimbingan online
yang diberi oleh Admin?
Ada. Iaitu PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC).
Kami AMAT
menggalakkan anda untuk sertai
program PBC
selama 2 hari 1 malam untuk dapatkan ilmu dan teknik menjalankan perniagaan HPA
dengan cara yang betul dan berkesan. Yuran PBC hanya RM 180 sahaja. Bonus dan
pangkat anda akan meningkat dengan lebih cepat. Anda juga berpeluang menjana
pendapatan 5 angka melalui program ini.
Program HPA
yang lain
Kelas
mingguan di cawangan,
Program Perkongsian Ilmu
Cemerlang (PIC),
Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), kursus perawatan dan lain-lain untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran. Rujuk
program bulanan HPA.
Saya ada
terbaca tentang Koperasi HPA. Macam mana saya nak jadi ahli Koperasi dan
melabur?
Semua ahli
HPA layak menjadi ahli Koperasi HPA. Jika anda belum menjadi ahli HPA, daftar
dulu melalui web ini. Pelaburan minima ialah RM 200 dan yuran ahli koperasi
ialah RM 10 sahaja. Sila daftar sebagai ahli koperasi dan buat pelaburan di
mana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia. Anggaran pulangan setahun ialah di
antara 10% - 20%. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Boleh saya minta bantuan dari Admin jika ada apa-apa
masalah?
Boleh. Sila
hubungi Admin
di ruangan Hubungi. Kami akan balas melalui emel
dalam tempoh 48 jam.
Klik Disini Untuk Beli Produk HPA Secara ONLINE. Dapatkan Segera Tanpa Perlu
Bersusah-payah Ke Stokis.